Program Kempen Internet Selamat bersama Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Bahagian Negeri Sembilan
10 April 2026 | Aktiviti Terkini10 April 2026 – NADI Linggi dan NADI Kota Pekan bersama-sama dengan MCMC Negeri Sembilan telah mengadakan Program Kempen Internet Selamat bersama Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Bahagian Negeri Sembilan di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kota bagi mengendalikan pameran dan taklimat Kempen Internet Selamat dan NADI. Program ini telah melibatkan seramai 120 orang pesara.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah taklimat dan pameran Kempen Internet Selamat, edaran bahan informasi Kempen Internet Selamat kepada pengunjung. Sesi penerangan mengenai fungsi dan peranan NADI dalam komuniti dan pelaksanaan pendaftaran keahlian NADI serta membuat saringan kesihatan.
Turut dihadiri oleh Pengarah MCMC Negeri Sembilan iaitu Tuan Ts Md Tahir Musa, Puan Ema Shuaida Shuaid dari Ketua Seksyen MCMC Negeri Sembilan serta Pegawai MCMC yang terlibat iaitu Encik Amir Hazim Bahri, Penolong Pengarah MCMC Negeri Sembilan. Puan Syahidatul Fitriah Ishak, Timbalan Pengarah MCMC Negeri Sembilan dan Puan Kogilavani Supramaniam, Penolong Eksekutif MCMC Negeri Sembilan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: